Monday 31 December 2018

365 of 2018

WELCOME 2019


Bismillah ..

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita semua masih bernafas pada tahun 2018, cuma tinggal beberapa minit lagi kita akan menganjak ke tahun yang baru 2019. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang dicipta pada tahun ini. Salah satunya, Tehah akhirnya berjaya menamatkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) pada 10 November 2018 di Dewan Semarak UITM. Tehah sebenarnya tak percaya dah konvo. 


Betapa cepatnya masa berlalu, 4 tahun di kolej amat bermakna. Pelbagai liku dan onak kehidupan yang terjadi sepanjang bergelar seorang mahasiswi dan disebabkan itu Tehah menjadi seorang yang semakin berani, tabah dan kuat untuk menghadapi kehidupan. 
 
Copyright © 2018 Cik Nur Fathihah. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.