Thursday, 18 October 2018

5 BAHAN UTAMA PENJAGAAN KULIT YOUTH SHAKLEE

Assalamualaikum wrt.

Sekiranya awak sedang google rangkaian Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee, awak adalah seorang pengguna yang bijak !



Set Skincare Youth Shaklee

"Wah, gebunya kulit wajah dia." Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela. Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan skincare yang betul amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.
Sebenarnya memilih skincare yang tepat memang susah, memandangkan banyak skincare yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ni kan. Dalam satu kilang, boleh keluarkan pelbagai produk skincare di pasaran. Jadi, sebelum awak membuat pemilihan skincare yang sesuai dengan jenis kulit muka.



Apa yang perlu awak titikberatkan ialah :

💦 Bahan-bahan yang digunakan 
💦 Jenis kulit wajah
💦 Bajet
💦 Berapa lama kewujudan brand
💦 Ketahanan sesuatu produk

Barulah awak dapat produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit wajah awak. Tehah teruja nak bagi awak semua terasa terlebih excited dengan produk skincare Set Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee hingga awak mengigau tidur malam. Hihi awak tahu kan yang set skincare Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee, baru je launch kat Malaysia. Kesemuanya ada 6 produk. Setiap produk set Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee nie dirumus secara khusus untuk menangani masalah kesan penuaan.
Jadi untuk menangani masalah kesan penuaan nie, Shaklee dah buat produk skincare terbaik khas untuk orang Asia macam kita nie melalui penghasilan produk set Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee. Apa yang penting untuk memilih skincare terbaik adalah bahan-bahan yang digunakan. Penting tu terutamanya kulit orang Asia macam kita yang terdedah dengan cuaca panas, pencemaran, tekanan kerja, masalah obesiti, peningkatan usia dan juga penghasilan radikal bebas yang menjadikan molekul oksigen yang stabil menjadi tidak stabil. Ini yang menyebabkan kedutan awal pada wajah kita tau.

Apabila kita semakin tua, perubahan akan berlaku ke atas kulit secara semula jadi:
  • Menjadi lebih kasar.
  • Menjadi kendur. Peningkatan usia mempengaruhi kadar kehilangan tisu elastik (elastin) di kulit hingga menyebabkan kulit menjadi kendur.
  • Menjadi lebih nipis (penipisan epidermis).
  • Menjadi lebih rapuh. Ini disebabkan oleh parut kawasan di mana epidermis (lapisan luar kulit) dan dermis ( lapisan tengah kulit) berkumpul.
  • Kulit menjadi lebih mudah lebam. Ini disebabkan oleh dinding saluran darah yang lebih nipis.


Apabila peningkatan usia berlaku, perubahan di bawah kulit juga menjadi semakin jelas, antaranya:
  • Kehilangan lemak di bawah kulit di pipi, dagu, hidung, dan kawasan mata boleh mengakibatkan kulit longgar, mata tenggelam, dan penampilan “rangka”.
  • Kerugian tulang, kebanyakannya di sekitar mulut dan dagu, mungkin menjadi jelas selepas umur 60 tahun dan menyebabkan kulit di sekitar mulut.
  • Kehilangan tulang rawan dalam hidung menyebabkan hujung hidung melonggar dan penekanan struktur tulang di hidung.




5 Bahan Utama yang terkandung di dalam Set Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee :

1. Lotus Japonicus dan Ekstrak Buah Schisandra Chinensis






Bagi menjana semula sel-sel untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan menjadikan kulit lebih anjal, Lotus Japonicus adalah ramuan yang sangat penting . Ditambah pula gabungan bersama Ekstrak Buah Schisandra Chinensis untuk memberi lebih banyak nutrien dan tenaga pada kulit.



Di dalam DTX Complex, Buah Schisandra  digunakan untuk bantu regenerate sel hati. Jadi, penggunaan Youth Shaklee secara konsisten semestinya dapat bantu generate sel kulit.



2. Muscadine Grape




Muscadine Grape adalah ramuan yang paling power dalam kandungan produk Shaklee iaitu VIVIX ! Dalam Vivix ada Muscadine Grape dan untuk kali ini Shaklee masukkan ke dalam YOUTH Shaklee pula! Amazing!
Gabungan polifenol anggur muscadine berfungsi membaiki DNA dalam kulit anda sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin. Hebat sangat !

3. Vital Repair® + Complex
Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosak kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.

4. Apple Cell Extract dan Gentle Vitamin A



Bila adanya extract buah apple di dalam YOUTH Shaklee, maka penghasilan sel baru akan bertambah cepat lah. Bertambah remajalah kulit anda kan.

5. Vitamin E dan Ekstrak Raspberi






Untuk mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis dan kedutan pada kulit wajah, ekstrak raspberi perlu ditambah. Kesan akan menjadi lebih padu apabila ramuan utama didalam Radiance C + E memberikan 20% vitamin C dan E pada kulit.
Setiap kapsul adalah berasaskan tumbuhan, biodegradable dan bebas pengawet.


Shaklee menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik untuk anda semua sehingga Shaklee melakukan kajian yang cukup lama ke atas produk bagi menghasilkan produk semula jadi yang sangat luar biasa.
Tehah telah memilih produk yang terbaik dan sudah tentu awak juga ingin produk yang terbaik bukan ? Sekiranya awak berminat untuk memiliki Set Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee, hubungi Tehah segera. Tehah doakan awak terus kekal sihat dan sentiasa awek muda bersama Shaklee ! Ingat nak syantik, ingat Shaklee okeh !

Sekian, terima kasih.



Lots of Love,



💋 Founder of Tehah Beauty Spa.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 Cik Nur Fathihah. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.