Thursday 1 November 2018

AMBIL IJAZAH TAPI BUAT BISNES SPA ?

Konvo Asasi 2017 
Assalamualaikum wrt.

Ada ramai yang menyoal Tehah dengan pelbagai soalan yang mendera jiwa. Antaranya...

"Tak rasa sia-sia ke belajar sampai peringkat ijazah tapi buat spa je ? Baik tauk buang ijazah tu."
"Lari kott dari kos yang Tehah ambil, tak rasa rugi ke haa ? Penat je Tehah belajar."
"Taknak cari kerja tetap ke ? Buat spa sampai bila .."


Tehah kasi throwback sikit -2017

Okehh, Tehah nak tegaskan kat sini. Apa yang awak semua cakap itu, ada betulnya dan ada salahnya. Tehah tidak menyiakan dan tidak menolaknya.

Yaa, Tehah adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian). Tapi itu tidak bermakna apa yang Tehah belajar, Tehah tidak boleh apply dalam bidang yang lain. Tidak salahkan kalau Tehah mencuba nasib di dalam bidang yang sedikit berbeza.

Mungkin bidang ini lebih serasi dengan Tehah, siapa tahu ? Dan siapa kita nak mengatur jalan hidup seseorang itu. Kena ingat selalu, aturan AllahSWT itulah paling TERBAIK.


Kat atas ni, akak ni share yang dia buat spa semasa dia tengah study. Masuk 1K atau 2K sebulan okeh ! Tergugat rasa hewhew

Sambung citer..

In sha AllahSWT, Tehah tidak rasa sedikit pun rugi dan penat sebab belajar. Sebab apa yang AllahSWT aturkan itulah jalan yang terbaik buat kita sebenarnya. Kadangkala, niat untuk belajar itu juga kena betulkan selalu. Niat paling penting dan apa tujuan kita belajar.

Hati itu sifatnya berbolakbalik, sebab itu kita kena sering renew dan refresh balik niat. Biasalah manusia, kadangkala terpesong jua. Macam itu juga, dalam membuat bisnes spa. Apa niat Tehah buat spa ? Untuk apa Tehah buat ? Atas alasan apa Tehah buat ? Semuanya bersebab.

Acah tengah fikir sebab apa eh -2017

Tehah belajar banyak perkara semasa zaman study seperti subjek Marketing, Financial, Management, Business Ethics, Business Law dan so on. Semua subjek itu amat membantu Tehah bagi meningkatkan bisnes Tehah Beauty Spa.

Siapa cakap Tehah lari dari apa yang Tehah belajar, Tehah belajar bisnes dan sekarang apa yang Tehah buat adalah berbisnes. Selari dan seiring bukan ?

Disamping itu, sokongan padu dari mama, abah, along, angah dan keluarga sangatlah memberangsangkan, mereka sangat menyokong apa yang Tehah tengah buat dan mereka tidak memberi sedikit halangan pun untuk Tehah mencuba benda baru.

Alhamdulillah, dengan izin AllahSWT Tehah akan bergraduasi dan akan memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) tidak lama lagi. Ijazah tidak menjamin yang kita semua akan mendapat pekerjaan yang tetap, kalau usaha, kualiti dan pengalaman kerja kita tiada.

Tehah ulang.

Ijazah tidak menjamin yang kita semua akan mendapat pekerjaan yang tetap, kalau  usaha, kualiti dan pengalaman kerja kita tiada.

Tengah training Spa

Sebab apa ? AllahSWT yang menurunkan rezeki kepada kita dalam pelbagai bentuk. Kita sepatutnya bersyukur atas apa yang kita dapat dan berusaha untuk mencapai target yang telah kita tetapkan. 

Belajar sampai ijazah, habis beribu riban takkan tiada hak mahu memilih kerjaya sendiri. Ya, betul untuk apa belajar 3 4 tahun tapi tidak boleh memilih kerjaya yang kita mahukan. Tapi, untuk zaman sekarang bukanlah zaman untuk memilih kerjaya. 


Walaupun Tehah sedang mencari pekerjaan tetap TETAPI sekarang Tehah selesa memilih kerjaya sebagai Beautician Mobile Spa/Home Spa sepenuh masa. Kerana bagi Tehah, menjadi Beautician sangat mudah, fleksibel dan banyak masa terluang untuk Tehah bersama keluarga disamping cepat mendapat INSTANT CASH.


Girls, if you feel like giving up with your studies.
Remember this,

"You have to be an educated mother to your child."


Lots of Love,



💋 Founder of Tehah Beauty Spa.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 Cik Nur Fathihah. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.